Tuesday, January 10, 2012

APAKAH META TAG

Kat atas itu adalah persoalan yang biasa-biasa-biasa sangat ditanya oleh newbies termasuklah saya ketika mula-mula berjinak dengan blogging ini dulu.Satu habuk pun tak tahu dan bukan senang nak tahu benda-benda itu semua.Nak tanya orang pun susah tetapi disini saya akan memudahkan kerja kamu semua.Tapi kenalah jadi loyal visitors kat blog ini..hehe

Apakah Meta Tag?
Meta Tag adalah syntax yang digunakan bagi memudahkan spider mengenal pasti blog anda.Kebanyakkan spider search engine akan mencari tiga benda di blog anda iaitu:-
  • Title
  • Description
  • Keyword
Kalau korang tak percaya,mari kita kaji sama-sama…
Experiment Keberkesanan Meta Tag Ke Atas Search Engine
*no 1 itu adalah title
*no 2 itu adalah description
*no3 itu adalah URL Blog
Mana keyword???
So kat atas itulah contoh bagaimana meta tag digunakan.So rasa-rasa korang penting ke meta tag ini?haa lu pikir lah sendiri ye.Malas atok nak jawapkan.=P

Apakah Kegunaan Meta Tag?
Ini soalan berulang.Kat atas dah jawab pun benda ini.Meta tag digunakan untuk mengenalpasti blog korang kat search engine.Yelahkan,search engine tak ada mata so macam mana mereka nak lihat blog korang kan?so disinilah kepentingan meta tag diperlukan.
Ada faham?Okey,Next…

Bagaimana Meletakkan Meta Tag Di Blogspot?
Sekarang kita akan pelajar cara-cara untuk meletakkan meta tag di dalam blogspot.Kat bawah ini adalah syntax bagi meta tag:-
  • <meta name=”description” content=”tulis pengenalan blog anda” />
  • <meta name=”keywords” content=”keyword1,keyword2,keyword 3……” />
Langkah-Langkah Meletakkan Meta Tag:-
  1. Buka dashboard blog anda dan pergi ke bahagian edit html
  2. Lepas itu carikan kod ini <title>Tajuk Blog Anda</title> . Jika tak jumpa cari <head></head>.Gunakan search form.Caranya klik Ctrl + F ,kemudian search lah ye.
  3. Bila dah jumpa paste code meta tag diatas dibawah <title></title> atau diantara <head></head>.Pilih salah satu sahaja okey.Sebenarnya <title></title> itu sudah berada diantara <head></head>.Sebab itulah saya cakap kalau tak jumpa <title></title> boleh cari <head></head>.
  4. Okey siap.Done!
Boleh buat tak ni?

Bagaimana Meletakkan Meta Tag Di WordPress
Bagi pengguna wordpress,caranya sangat lah mudah.Korang hanya perlu download All In One SEO dan bila dah aktifkan plugin berkenaan,bolehlah setting meta tag korang.Done.
Maklumat lanjut boleh baca kat sini:-
So dah faham belum pasal meta tag ini?Kalau dah faham alhamdulilah.Kalau tag faham boleh lah bertanya.Jangan malu-malu

Kredit untuk: http://www.2dayblogger.com/blog/2010/12/22/apakah-meta-tagfungsi-dan-cara-meletakkan-meta-tag-di-blog-blogging-tips/

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENDAPATKAN CAPAIAN INTERNET PADA KELAJUAN TINGGI

Kelajuan capaian Internet bergantung kepada kapasiti akaun servis Internet yang dilanggan. Namun begitu, terdapat beberapa kaedah atau panduan penggunaan komputer yang boleh diamalkan untuk dapatkan prestasi kelajuan capaian internet pada tahap optimum daripada kadar kapasiti yang dilanggan.

1. Cuba dapatkan masa yang sesuai untuk melayari Internet iaitu masa pada ketika dijangkakan tidak ramai orang-orang lain melayari internet seperti di awal pagi dan sebagainya.

2. Nyah pasangkan program-program tambahan atau add-on program pada pelayar web atau Internet yang digunakan.

Program-program tambahan ini akan memberi fungsi tambahan kepada pelayar internet dan seterusnya akan memberi kesan kepada kelajuan capaian Internet.

3. Sentiasa mengemaskini sistem pengoperasian yang digunakan. Pastikan sistem pengoperasian yang digunakan adalah versi yang terkini dan stabil.

4. Sentiasa mengosongkan kandungan cache yang terdapat pada pelayar Internet. Ini akan memberikan keadaan yang bersih pada komputer digunakan.

Di samping itu, kaedah sambungan Internet juga akan menjadi mudah dan berfungsi dengan lebih baik.

Ini kerana kandungan cache pada pelayar web akan mengambil banyak ruang yang terdapat dalam memori komputer memberi kesan buruk kepada prestasi komputer dalam memberi maklum balas pada permintaan sambungan Internet.

Sekiranya menggunakan capaian Internet tanpa wayar, pastikan penggunaannya selamat dan lokasi capaiannya juga dalam keadaan yang baik.

Ini kerana sekiranya ada orang lain yang menggunakan akaun internet tersebut akan menyebabkan capaian Internet menjadi perlahan.

Begitu juga dengan lokasi yang tidak baik akan menyebabkan isyarat capaian Internet akan menjadi lemah dan perlahan.

Pengurusan capaian jalur lebar internet juga boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi-aplikasi komputer seperti QoS Packet Scheduler bagi mendapatkan prestasi kelajuan Internet yang dikehendaki.

Bagaimana pun, ia perlu dikonfigurasikan dengan baik dan cekap.

Penggunaan pelayar web dengan konfigurasi dan penggunaan yang baik dan betul juga dapat menyumbang kepada pengoptimuman kelajuan capaian Internet.

Di samping itu, sekiranya prestasi komputer yang digunakan untuk melayari internet dapat ditingkatkan, ia juga boleh mempengaruhi kelajuan capaian Internet.

Peningkatan prestasi komputer boleh dilakukan seperti membuat penyelenggaraan yang teratur, kemas kini program-program komputer, mengimbas komputer dengan perisian keselamatan, membuang fail-fail yang tidak diperlukan dan lain-lain

Tuesday, January 3, 2012

BACK UP TEMPLATE BLOG


Template bagi sesebuah blog boleh diibaratkan sebagai tulang belakang blog kerana template yang menyimpan semua maklumat berkaitan rupa bentuk blog anda, fungsi blog dan juga kebanyakan trick untuk sesebuah blog akan dilakukan di template (edit html). Anda letak background ke, ubah colour ke, letak fungsi 'read more' atau pape, kebanyakkannya adalah di template. Oleh itu adalah perlu untuk seseorang blogger akan backup dahulu template blog sebelum melakukan sebarang pengubahsuaian ataupun sebelum menukar template baru. Tujuan backup template adalah untuk backup jika sebarang perubahan kod yang diaplikasikan tidak menjadi. Tutorial untuk backup template bagi blog adalah seperti berikut.

1)Login seperti biasa. Kemudian dari dashboard klik layout
2) Dari layout, klik edit html dan dibawah sedikit anda akan jumpa 'download full template'
3)Keluar paparan, klik save..Siap.:)
Tips: anda boleh rename template yang anda download dengan tarikh anda download. seperti 29julai2009.xml. Ini untuk memudahkan anda kenalpasti tarikh anda buat backup untuk template blog anda.:)

BAGAIMANA LETAK KOD HTML/javascript

Apabila memasuki dunia blogging, antara perkara yang tidak dapat dielakkan adalah untuk menghias blog sendiri. Terdapat beberapa cara untuk menghias blog samada menukar template, memasang widget yang telah disediakan oleh blogger.com ataupun meletakkan sumber² lain dari luar yang biasanya melibatkan kod html/javascript. Selain untuk menghias blog, kod html/javascript juga mempunyai fungsi² lain bergantung kepada tujuan apa kod itu dihasilkan. Penambahan yang ingin dilakukan biasanya akan melalui perkara yang sama iaitu kod yang diperolehi perlu di 'paste'kan di ruangan html/javascrip.Tutorial ini akan menunjukkan bagaimana hendak meletakkan kod html/javascript bagi sesebuah blog.
1) Login ke dalam blog anda seperti biasa. Kemudian dari 'dashboard', klik 'Design'
UPDATE: untuk template terbaru, klik pada DESIGN

2)Setelah anda klik 'design', dia akan auto masuk bahagian 'page element'. Kemudian pada 'page element' anda itu, klik pada 'add a gadget'
3)Selepas itu anda akan lihat banyak senarai yang ada, cari "HTML/javascript", kemudian klik pada "+"

4)Satu paparan kosong akan dibuka, kemudian paste code yang anda mahu letak dalam blog ke dalam ruangan kosong. kemudian tekan "save"
5)Siap. Anda boleh lihat hasilnya dengan klik preview. Anda juga boleh mengubah kedudukan code itu dengan hanya drag pada mana² kawasan page element itu.Apabila anda sudah puas hati, klik 'save' untuk kekalkan kedudukan.:).

UPLOAD GAMBAR DALAM BLOG

Meletakkan gambar dalam sesebuah entri dalam sesebuah blog dapat 'merancakkan' lagi kandungan sesebuah entri. Kebiasaannya gambar yang diletakkan adalah berkaitan dengan entri yang ditaip.dan adalah biasa pengunjung sesebuah blog suka membaca entri sesebuah blog yang juga mempunyai gambar walaupun sekeping.:)
Tutorial untuk upload gambar dalam blog adalah seperti berikut.

1.Login seperti biasa, klik pada 'new post'

2.Pada paparan, klik pada icon upload picture seperti yang ditunjukkan dibawah.

atau
3.Klik 'browse'.
4..Pilih gambar yang anda hendak letakkan dari komputer anda.

4.1. Jika hendak letak lebih daripada satu gambar pada satu masa(maksimum 5), klik pada 'add more

5.Pilih kedudukan dan size yang anda mahu untuk gambar tersebut, kemudian klik 'upload'.
6. Tunggu sehingga gambar siap diupload kemudian klik 'done'

Nota: Jika anda hendak upload lebih daripada 5 gambar, cuma ulang semula langkah 1 hingga 5

SCROLL BOX UNTUK BLOG ARCHIEVE

Blog archive untuk sesebuah blog boleh menjadi list yang begitu panjang apabila banyak entri yang di post atau jika sudah lama terlibat dengan dunia blogging. Tutorial kali ini kan menunjukkan bagaimana untuk jadikan blog archive anda boleh scroll untuk menampakkannya lebih ringkas menyenangkan mata memandang.:)


Tutorial untuk buat scroll bagi blog archive adalah seperti berikut.
1. Dari dashboard > design > edit html > Expand widget templates. (
backup template untuk langkah berjaga²)
2. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod <div id='ArchiveList'>
3. Anda akan jumpa kod ini <div class='widget-content'> sebelum kod <div id='ArchiveList'>
4. Gantikan kod <div class='widget-content'> yang anda jumpa di langkah 3 dengan kod berikut.

<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>
Note: Anda boleh tukar 200px dengan ketinggian yang anda mahukan.
Contoh:
Sebelum.
Selepas


4. Save dan lihat hasilnya.:)
Untuk scroll box widget lain yang menggunakan html code, boleh rujuk
tutorial scroll box untuk widget




DROP DOWN MENU

Dropdown menu dapat mengurangkan ruang yang digunakan pada paparan blog untuk meletakkan pelbagai link. Antara kegunaan dropdown menu adalah untuk meletakkan link kawan², link rujukan, link tips dan pelbagai lagi.
Contoh dropdown menu adalah seperti berikut


Tutorial untuk membuat dropdown menu ini adalah seperti berikut.
1. Login akaun blogger anda, dari dashboard > layout > page element > add a gadget > HTML/javascript
2. Copy code berikut ke dalam ruangan html/javascript. (jika tidak faham
rujuk sini)

<select onChange="document.location.href=this.options[this.selectedIndex].value;">
<option selected>Tajuk</option>
<option value="
Link 1">Text 1</option>
<option value="
Link 2">Text 2</option>
</select>
penerangan :
Link 1: Masukkan link untuk dibuka
Text 1: Masukkan perkataan/ayat untuk link


Jika anda hendak masukkan lebih banyak menu, cuma copy paste <option value="Link 2">Text 2</option> dan letakkan sebelum </select>
3. Apabila selesai, save hasil kerja anda.:)

TAMBAHAN:
Untuk kod di atas, apabila link akan dibuka pada page yang sama. Untuk buka link pada page/window yang berlainan, sila tukarkan kod:

<select onChange="document.location.href=this.options[this.selectedIndex].value;">
kepada kod ini.

<select onchange="javascript:window.open(this.options[this.selectedIndex].value);">
Mudah bukan. Selamat mencuba